? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, September 15, 2009

AKTIVITI MAKMAL KOMPUTER

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
* Pembelajaran kelas literasi ICT untuk Tingkatan 1 Arif dan 2 Arif oleh En. Zulfadli bin Arba’ee
* Pembelajaran kelab literasi ICT untuk Tingkatan 1 Bestari dan 2 Bestari oleh En. Effi bin Rasli
* Pada setiap hari Rabu, kelab ICT dari jam 3p.m - 5p.m
* Makmal komputer juga digunakan dalam P&P pada sidang pagi dan petang bagi guru yang mengajar subjek teras (Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam & Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual, Geografi, Sejarah) dan juga subjek elektif (Kemahiran Hidup, Lukisan Kejuruteraan, Matematik Tambahan, Reka Cipta)

PERATURAN MENGGUNAKAN MAKMAL KOMPUTER

1. Setiap pengguna hendaklah merekodkan maklumat pengguna dalam buku rekod pengguna yang telah disediakan.
2. Pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang wayar atau kedudukan komputer.
3. Laporkan sebarang kerosakan kepada guru atau penyelia makmal.
4. Pastikan selepas P&P dijalankan semua kedudukan kerusi dan peralatan komputer berada dalam keadaan baik dan tersusun.
5. Dilarang mengubah atau menambah software dan hardware yang sedia ada.
6. Dilarang membawa sebarang bentuk makanan dan minuman di dalam makmal komputer.
7. Pengguna hendaklah sentiasa berpakaian kemas semasa berada di dalam makmal komputer.
8. Pengguna hendaklah menjaga adab semasa berada di dalam makmal komputer.
9. Dilarang membuat bising.

SEJARAH MAKMAL KOMPUTER

Pada asalnya makmal sekolah ini telah dijadikan bilik darjah. Kemudian pada tarikh 10 Ogos 2004 bilik ini telah diubahsuai menjadi dua buah makmal komputer. Di mana makmal ini telah dilengkapi sebanyak 42 buah komputer dengan setiap makmal komputer diperuntukan sebanyak 21 buah komputer. Makmal ini juga menyediakan sebuah printer, LCD, scanner di setiap makmal komputer. Makmal ini beroperasi pada setiap hari bekerja bermula jam 8a.m. — 5p.m. Makmal ini juga turut mempunyai dua orang guru ICT dan seorang pembantu am makmal. Makmal ini juga mempunyai server dan alat penghawa dingin. Disamping itu, makmal ini juga dilengkapi dengan alat CCTV.