? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 3, 2010

KURSUS mySCHOOLNET, SMK KOTA MASAI 2006

LAPORAN KURSUS mySCHOOLNET, SMK KOTA MASAI
Disediakan oleh: Cik Aiza Zuriani binti Zainal

Kursus mySchoolnet ini telah dijalankan pada 7 Mei sehingga 9 Mei 2006 (Selasa sehingga Khamis) iaitu selama tiga hari pada pukul 11.00 am untuk guru sesi petang dan 2.30 pm untuk guru sesi pagi. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), SMK Kota Masai yang diketuai oleh Encik Mohd Zulfadli bin Arbaee sebagai fasilitator utama. Antara fasilitor-fasilitator yang terlibat ialah Cik Nurhasliza binti Abu Hassan dan Cik Aiza Zuriani binti Zainal.

Sasaran utama program ini adalah untuk guru-guru SMK Kota Masai. Ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan guru-guru terhadap dunia internet. Guru-guru boleh bertindak sebagai fasilitator dan pelajar sebagai pencari maklumat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti yang dijalankan adalah melibatkan penggunaan internet. Beberapa laman web diperkenalkan pada guru-guru sebagai rujukan e-pembelajaran. Antara laman web yang dilawati ialah:

 Kementerian pendidikan malaysia http://www.moe.gov.my
 mySchoolNet http://myschoolnet.ppk.kpm.my
 PPD JB http://www.johordt.gov.my/ppdjbahru
 Portal Sekolah http://www.smkkm.com
 CikguNet http://cikgu.net.my/
 Portal Pendidikan Utusan http://www.tutor.com.my
 E-mail : http://mail.yahoo.com/?.intl=us

Selain daripada melawati laman web, guru-guru turut didedahkan dengan perisian baru iaitu Hot Potatoes version 6.
Perisian ini dapat memudahkan guru-guru dalam membina soalan-soalan berbentuk objektif, subjektif, teka silangkata, padanan dan sebagainya.

Sambutan guru-guru amat menggalakkan. Guru-guru yang menghadirkan diri ke kursus mySchoolnet ini akan diberi sijil penyertaan dari pihak Unit ICT, SMK Kota Masai.

0 comments: