? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 3, 2010

LAPORAN PROGRAM PEMBELAJARAN BESTARI 2005






Pada 26 dan 27 Mei 2005 telah diadakan Kem Pembelajaran Bestari khusus untuk para pelajar kelas Bestari tingkatan 1 dan 2. Program yang diadakan selama dua hari ini merupakan anjuran bersama Panitia Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Seramai 130 orang pelajar telah menyertai kem ini dan beberapa orang guru telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa dan fasilitator untuk menjayakan program ini.

Pendaftaran pelajar bermula seawal jam 7.00 pagi pada 26 Mei (Khamis) dan selepas peserta diberi taklimat, mereka kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan pemantauan daripada fasilitator. Pada hari pertama pelajar didedahkan dengan kepentingan ICT menerusi ceramah yang diberikan oleh penceramah jemputan.

Pada sebelah petang, fasilitator telah memberikan tajuk kepada setiap kumpulan yang berkaitan dengan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris tingkatan 1 dan 2. Kemudian setiap kumpulan dikehendaki membina power point berdasarkan tajuk yang diberi.

Hari kedua menyaksikan para pelajar menyambung tugasan yang belum selesai. Pada jam 11.00 pagi sesi pembentangan dimulakan. Semua fasilitator berperanan untuk memilih 6 persembahan yang menarik daripada setiap subjek yang diberi untuk tingkatan 1 dan 2. Sesi pembentangan disambung semula selepas solat Jumaat. Pada jam 5.00 petang acara perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Azimah bte Bidin, pengerusi Pristima, Pasir Gudang. Hadiah juga telah disampaikan kepada setiap kumpulan yang berjaya.

Sepanjang program ini berlangsung, kerjasama daripada pelajar amat menggalakkan dan setiap pelajar dapat mematuhi peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kelemahan sepanjang program ini dapat dilihat melalui kelewatan makanan sampai . Kelewatan guru-guru yang memegang laptop hadir pada hari kedua menyebabkan ada beberapa kumpulan pelajar lewat untuk menyiapkan tugasan mereka mengikut masa yang ditetapkan.


Disediakan oleh, 20 JUN 2005

0 comments: